Gerakan Islam pada hari ini didominasi aliran yang bersifat melampaui batas dan berlebih-lebihan. Dalam fenomena inilah al-Qardawi meletakkan dua kelompok yang dikatakan sebagai al-Ghulub Tafarraqu fi Dien (kelompok yang melampaui batas dalam agama) dan Tasahul fi Dien (kelompok yang longgar agama). Dalam memahami masalah ini, kita dapat melihat perbedaan yang kentara terutama dalam konteks sudut pandang Islam terhadap dunia (Islamic World View) atau lebih khusus lagi respon Islam kepada barat.

Sejak dari kurun abad ke-18 masalah gerakan Islah dan Tajdid telah berubah dari gerakan yang terbatas pada masalah syariah kepada gerakan yang menjawab permasalahan dan tantangan (challenge and response) yang berlaku kepada dunia Islam dan barat. Dunia Islam sekarang ini menghadapi tantangan dan berhadapan dengan Pembaratan (Westernization) dan kerakusan barat kepada penjajahan (Imperialisme). Dewasa ini, gerakan Islah dan tajdid dipercaya memberikan dampak yang besar dalam menjawab persoalan bagaimana Islam harus berhadapan dengan barat?

Namun demikian, pada tahap ini dunia Islam mengalami ketidakmampuan sehingga diistilahkan sebagai colonizable atau kelemahan umat Islam yang akhirnya membuatkan kita sendiri bersedia dijajah seperti yang diistilahkan Malik Bennabi. Dunia Islam berhadapan dengan barat dalam keadaan yang amat lemah. Malah ada sebagian kalangan mendakwa ini adalah zaman gelap Islam.

Proses pembaratan (Westernization) dapat dilihat melalui beberapa infiltrasi. Pertama infiltrasi teknologi, terutama teknologi militer, sains, percetakkan dan media. Kedua adalah inflitrasi melalui budaya yang barat coba canangkan kepada dunia Islam. Barat seakan berkata budaya baratlah yang mampu mengangkat martabat bangsa Islam”. Akibatnya berlaku masalah keyakinan yang kurang tepat terhadap sistem Islam. Yang ketiga adalah penjajahan militer yang dilakukan terhadap dunia Islam. Dunia Islam dibagi-bagikan seenaknya. Pada saat ini penjajahan militer tersebut membuahkan kejatuhan sistem khilafah Islam dan mewujudnya nasionalisme negara bangsa. Contoh yang terkenal ialah Libya yang diberikan kepada Italia, Mesir kepada Inggris dan beberapa kawasan lain kepada Perancis.

Di dalam melihat persoalan bagaimana Islam merespon atau mengambil sikap terhadap barat, terdapat beberapa orientasi pendekatan yang diberikan. Pertama adalah trend orientasi barat. Trend ini pro kepada barat dan melihat sistem barat serta segala yang lahir dari barat adalah yang terbaik. Kelompok ini berpandangan bahwa Dunia Islam hanya dapat menyelesaikan masalah melalui kerjasama dengan barat dengan pendekatan sekular barat.

Melalui pendekatan dan sudut pandang dunia yang seperti ini, ramai ahli politik dunia Islam telah bertindak untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan barat. Contohnya adalah Mesir dibawah pemerintahan Muhammad Ali Bashar dan kaum kerabatnya (1805-1952). Muhammad Ali Bashar serta keluarganya yang memerintah Mesir dengan cara barat. Termasuk cucunya yang memerintah Mesir, Khadive Ismail (1863-1879).

Pembaratan (Westenisasi ) yang berlaku bukan saja terjadi dalam sektor politik, tetapi juga dalam bidang pendidikan . Mereka menjadi lebih barat daripada barat sendiri. Beliau telah menghantar seorang pemikir Mesir Rifa’ Rafi’ at-Tantawi ke Paris untuk belajar di sana dan melakukan gagasan pembaratan. Beliau juga menulis buku ‘Westenised Eagyp’. Begitu juga Khairuddin al-Tunisi dengan tulisan besar beliau, al-Ihwal al-Mahaliq, Ali abdul Raziq dengan buku kontroversi, Islam wa Usul al-hukm, begitu juga pemikir Taha Hussein yang kemudian menjadi menteri pendidikan Mesir al- Mustaqbal al-Thaqafa dan pada akhir hayat beliau, beliau bertaubat dan menulis mar’atul Islam atau cerminan Islam yang menolak semua faham barat beliau yang pernah ditulis sebelum itu.

Kelompok-kelompok ini yang akhirnya mempelopori gerakan liberal dalam agama. Dalam konteks kita hari ini istilah Islam Liberal amat sinonim dengan permasalahan umat kontemporer. Ini adalah merupakan salah satu daripada cabang ekstrim yang ingin melonggarkan agama Seperti yang dinamakan oleh al-Qardhawi sebagai tasahul fi Dien atas nama Islah dan Tajdid atau gerakan pembaharuan dalam konteks yang mereka terjemahkan sendiri dengan sewenang-wenang.

Dalam kelompok ini, pintu ijtihad dibuka seluas-luasnya sehingga berpaling dari dalil dan nas Quran dan Sunnah yang sebenarnya. Gerakan dan faham songsang seperti anti hadist dan feminisme lahir dalam Islam. Mereka mengambil bulat-bulat idea dan konsep yang dibawa dari barat. Kepercayaan yang mengatakan bahwa Islam mundur kerana agama dan ajarannya, ramai dikalangan tokoh-tokoh yang lahir dari pegangan sudut pandang melonggarkan atau menepikan Al-Quran dan Sunnah. Malah antara intipati pemikiran mereka adalah rekonstruksi atau menafsiran al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang dicanang oleh orientalis barat.

Kelompok ekstrim atau melampaui batas yang kedua adalah kelompok yang sudut pandangnya amat berlawanan dan berbeda daripada yang pertama. Respon dan sikap mereka kepada barat adalah penolakan mutlak (total rejection). Agak sukar untuk memperbincangkan kelompok ini, karena sesungguhnya perkara pokok yang mendasar dalam Islam adalah betul. Kelompok ini juga berkeinginan menegakkan Islam.

Namun demikian yang menjadi perbahasan adalah sudut pandang dunianya ‘world view’ yang seringkali menjadi pertentangan antara dunia Islam dan barat. Penolakkan mutlak kepada barat tanpa bersikap mengambil hikmah dan objektif, pintu ijtihad dan keragaman pandangan ditutup serapat-rapatnya. Mereka cenderung untuk berdebat dalam soal-soal yang furu’ atau cabang dalam Islam. Malah al-Qardhawi dan Syeikh Ramadhan al-Buti sendiri mendakwa persoalan yang dibawa tidak memberikan kebaikan kepada umat tetapi hanya menyusahkan. Menariknya, kelompok ini mudah didekati oleh golongan muda kerana gerakannya yang bersifat emosional dan membakar.

Kecenderungan untuk kelompok seperti ini ialah memisahkan antara barat (lebih terkenal dengan tema ‘Dar Harb’, Dar Kufr) dan Islam secara hitam atau putih, Islam atau kafir. Pelabelan dan pemisahan seperti ini hanya akan menambah ketegangan antara dunia barat dan Islam. Fenonema Islamphobia akan terus menebal, fitnah kepada Islam akan terus menggunung.

Kita perlu sadar bahwa Islam saat ini di Barat menjadi ‘the fastest growing religion’ bukan saja dalam konteks kekeluargaan, Islam lebih ‘produktif’, malah di Inggris sendiri lebih dari 10 orang sehari yang memeluk Islam. Gerakan Islam di barat lebih subur dibandingkan di dunia Arab. Di dunia Arab tokoh-tokoh Islam dan gerakan dakwah menghadapi penentangan yang keras dari pemerintah. Di Eropa pertubuhan dan gerakan Islam lebih bergerak bebas. Malah ramai tokoh-tokoh besar diberi perlindungan suaka politik oleh pemerintah Eropa termasuk Jamaluddin al-Afghani dan Rachid Ghannoushi.

Sebab itulah Napoleon sendiri menyatakan hasrat bahwa dia menantikan satu masa dimana seluruh Eropa ini disatukan menjadi satu bangsa, dan yang akan menyatukannya adalah Islam. Napoleon menambahkan bahwa dia sendiri meletakkan hasrat menunggu saat itu. Dalam konteks yang hampir sama, Muhammad Iqbal menganalisis bahwa Islam akan kembali bangkit dan ia berpusat di Eropa.

Justru, tindakan untuk memisahkan Islam dan barat adalah merupakan satu kesilapan yang besar dalam sejarah Islam. Gerakan yang bersikap keras dan konfrontatif terhadap barat ini rata-rata dilihat memberikan coretan negatif di mata barat kepada Islam.

Kelompok yang terakhir dalam gerakan Islah dan Tajdid ini, bersikap mengambil apa yang baik secara objektif serta melihat dunia barat sebagai sebahagian dari mad’u yang perlu didekati. Malah mereka berurusan dan berhubungan dengan barat mengikut pengalaman Islam dalam konteks masyarakat madani.

Islam sebagai aturan cara hidup yang fleksibel dan universal (al-Alammiyyah) yang sentiasa melihat sesuatu yang baik tanpa menafikan keburukan yang turut ada. Kelompok yang dilihat sebagai aliran tengah atau yang lebih tepat al-Wasotiyyah tetap berpegang teguh dengan paksi al-Quran dan Sunnah serta mengambil tradisi pengalaman lampau. Pengalaman tradisii turut diharmonikan dengan modeniti.

Barat yang perlu dilihat secara objektif dan mengambil apa yang baik. Melalui pendekatan inilah kita lahirkan gagasan idea Islamisasi, termasuklah Islamisasi Ilmu yang turut di pelopori oleh Ismail R.A Faruqi dan Syed Naquib al-Attas. Dalam konteks politik, al-Maududi menggagaskan sesuatu yang baik kepada demokrasi iaitu Teodemokrasi. Teodemekrasi yang berpanjikan kedaulatan kepada Allah Swt dan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan sebuah negara. Demokrasi itu sendiri bersifat Islami tetapi dua aspek ini kurang ditekankan, jesteru tindakan Maududi untuk Islamisasikan politik demoktrasi di lihat sebagai Islami yang mampu untuk menghubung jalinkan Dunia Islam dan barat.

Dari ketiga ‘trend’ sudut pandang Islam kepada Barat ini yang turut membentuk kelompok-kelompok ummat Islam, saya serahkan kepada pembaca untuk menilai. Namun demikian, kita harus ingat bahawa Allah swt membenci orang-orang yang melampaui batas. al-Wasotiyyah dan Hikmah adalah merupakan kunci utama dalam apa saja gerakan yang coba dibangun. Bibit-bibit penyatuan perlu dicari, bibit-bibit perpecahan harus ditutupi. ‘Unity in Diversity’.

Oleh: Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

*Mohd Saifullah Mohd Zulkifli adalah Naib Presiden (Antarabangsa) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang masih menuntut ilmu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Axact

Empiris

Episentrum Pengkajian Islam dan Riset Sosial mengorientasikan diri untuk menjadi katalisator terwujudnya Mulkiyah Allah di muka bumi, dan bersama-sama menggalang kekuatan kolektif dari potensi-potensi yang telah sejak lama berada dipangkuan Ummat Islam... Billahi Hayaatuna Wallahu Fii Hayatil Mustadz'afin... Hidup Kita Bersama Allah, dan Allah Berada Dalam Kehidupan Kaum Tertindas... Inna fatahna laka fathan mubina...

Post A Comment:

2 comments:

  1. Anonim03.12

    mnvkgdsh ,ndg,lidj kfngkfglfjgxn f x.kfjnjf dlxjnlfk hglfdnlfjglkfd g lfjgnlkb .fdljglfkg;flkgn .d,fmg.fkglsf f.gfngilfjuif .,mfg.hjdlkgjh dfkn.,h;doru ,fdnh.,f

    maen dong ke blog gw

    BalasHapus
  2. Anonim03.13

    mnvkgdsh ,ndg,lidj kfngkfglfjgxn f x.kfjnjf dlxjnlfk hglfdnlfjglkfd g lfjgnlkb .fdljglfkg;flkgn .d,fmg.fkglsf f.gfngilfjuif .,mfg.hjdlkgjh dfkn.,h;doru ,fdnh.,f

    maen dong ke blog gw

    BalasHapus

Bro, ekspresikan ruhul jihad mu !!!